Tika diriku lemah...
Sahabatku ada untukku luahkan perasaan
Tika diriku goyah...
Aku harus kuat kerana aku pembawa agama
Tika diriku terluka...
Aku harus tabah kerana aku mujahid muda
Tidak perlulah aku terasa dengan kerenah sahabatku
Tidak perlulah aku berprasangka pada sahabatku
Tidak perlulah aku bersengketa dengan sahabatku
Hanya kerana istilah "Andainya manusia itu serupa"
Tidak mencorak warna dunia kita
lalu mencetuskan perasaan "Sahabat tidak datang menjelma"
saat diri memerlukannya
Aku tahu...
Sahabat Rasul juga tidak sama sifatnya
Lihatlah bagaimana sifat Abu Bakar
Renungkan pula sifat Umar
Semangat Ali dan Uthman yang membakar
Kerana inilah indahnya ciptaan Tuhan
Aku mengingati sahabat sefikrah
Istiqamahlah dalam perjuangan dakwah
Kerana perjuangan adalah ibadah
Di sini kita telah berikrar
Inilah "Jalan Yang Ku Pilih"
Untuk membina sebuah Generasi...
Yang akan terus tersemat di sanubari
Sehingga diri ini 'Tiada lagi'
0 comments:
Post a Comment