Pages

Subscribe:

Sunday, August 2, 2009

Penjelasan ringkas mengenai pembubaran kelab iqra’

sumber: http://suarapresidenki.blogspot.com/2009/07/penjelasan-ringkas-mengenai-isu.html


Assalamualaikum wbt....

Kepada semua pembaca sekalian.... Pada hari ini jam 9.00 pagi.... Saya sudah berjumpa dengan Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar buat kali ke-2 bagi mendapatkan kelulusan kenyataan rasmi untuk di keluarkan dalam masa yang terdekat ini.. Kelulusan kenyataan rasmi berkenaan akan diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA.

InsyaAllah satu perjumpaan dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah Isu Pembubaran Kelab Iqra' ini akan diadakan secepat mungkin yang akan dipengerusi oleh TNC HEPA. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai HEP, Pegawai Pusat Islam dan wakil Maljis Perwakilan Perlajar (YDP UTHM) dan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi Kelab Iqra'.

Saya mengakui bahawa memang terdapat hitam putih berkenaan Isu pembubaran Kelab Iqra' dan saya mengesahkan ia adalah benar berdasarkan minit mesyuarat TNC HEPA bersama-sama ketua-ketua pusat tanggungjawab. Namun, saya tidak dapat memberi apa-apa lagi penjelasan lanjut selagi mana perbincangan dan perjumpaan yang dipengerusi oleh TNC HEPA diadakan.. Saya juga dalam proses memohon kepada TNC HEPA dengan mengeluarkan surat rasmi bagi mengadakan pertemuan ini secepat mungkin bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Saya berharap kepada ahli-ahli kelab dapat menunggu keputusan dengan sabar dan tenang tentang cadangan kelab Iqra' ingin dibubarkan. Disini saya melampirkan minit mesyuarat saya terima daripada Pengarah Pusat Islam.

Bukti yang saya dapat lampirkan dalam minit mesyuarat berkenaan yang tertulis didalam perkara 3.4 adalah Mesyuarat bersetuju dengan cadangan supaya Kelab Iqra dibubarkan sahaja kerana banyak masalah dan tidak membantu dalam pembangunan sahsiah pelajar malah banyak menjalankan aktiviti tanpa menerima pandangan Pusat Islam.

Untuk makluman, pihak pimpinan saya telah menjalankan mesyuarat selepas minit mesyuarat ini dikeluarkan. Saya memohon untuk PTJ yang mengusulkan Kelab Iqra' UTHM dibubarkan agar membentangkan dokumen-dokumen terlebih dahulu yang menjadi sebab yang munasabah Kelab Iqra' ini ingin dibubarkan seperti mana yang telah diminitkan bagi pembubaran Kelab Iqra'.

Segala surat menyurat program, minit mesyuarat, kelulusan program, VMO yang telah dipersetujui bersama pegawai Pusat Islam, Bengkel Penambahbaikkan Program, SKT yang telah dijalankan , Laporan-laporan program, maklumat-maklumat hitam putih akan kami bentangkan didalam mesyuarat bersama TNC HEPA akan datang. Semua ini akan menjadi bukti bagi pihak kami sebagai pimpinan Kelab sepanjang berada dibawah Pusat Islam.

Berikut merupakan minit mesyuarat bagi penyelarasan kelab pelajar dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

m/s 1

m/s 2

m/s 3

0 comments:

Post a Comment