Pages

Subscribe:

Saturday, August 29, 2009

Kasih Ilahi Membina Persaudaraan Islam

“Tiada yang dapat ku ucapkan hanya setinggi kesyukuran, Di kala impian kabur lagi dan jiwa lemah tak mampu berlari. Kau hadir Membawa khabar dari Ilahi, Firman yang perlu diyakini”. Alhamdulillah, sekian lama menanti akhirnya Nuriman dan R-if yang mewakili kumpulan nasyid UTHM berjaya merangkul gelaran Johan Pertandingan Nasyid (Nuriman) dan Naib Johan Pertandingan Nasyid (R-if) yang masing-masing menyampaikan lagu ‘Kasih Ilahi’ dan ‘Persaudaraan Islam’. Manakala tempat ketiga diraih kumpulan De’Voice yang mewakili ADTEC Batu Pahat dengan lagu ‘Jalinan Kasih”.


Pada asalnya pihak penganjur menjemput IPT dari USIM sehingga ke UTM Skudai iaitu institusi yang berada di zon Selatan. Namun, dengan arahan dari Pihak Pentadbiran IPT masing-masing untuk menarik diri dari pertandingan ini ekoran wabak H1N1 yang kian merebak ini membuatkan pihak penganjur akur dengan situasi semasa. Pertandingan yang hanya disertai oleh tujuh Institusi Pengajian Tinggi ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa arena nasyid masih belum berkubur biarpun pelbagai jenis muzik yang tumbuh bagaikan cendawan di bumi Malaysia ini.


Selepas pertandingan ini berlangsung, johan dan naib johan diminta untuk membuat persembahan pada sebelah malam iaitu pada Konsert Bersama Far East. Sebelum itu Nuriman dan R-if telah bertemu dengan Ito Lara iaitu seorang penulis lirik yang menjadi juri di pertandingan nasyid ini bagi mendapat pandangannya berkenaan persembahan Nuriman dan R-if. Beliau berminat dengan lirik ‘Persaudaraan Islam’ yang sarat dengan mesej ukhwah (markah: 22/30) berbanding ‘Kasih Ilahi’ yang hanya memperolehi markah 20/30 dan beliau juga berminat dengan melodi bagi lagu ‘Kasih Ilahi’ (markah: 14/20) yang bersifat kontemporari berbanding ‘Persaudaraan Islam’ yang memperolehi markah sebanyak 12/20. Manakala dari segi vokal, pelbagai aspek yang masih perlu kumpulan nasyid UTHM perbaiki lagi kerana Kumpulan Nuriman dan R-if tewas pada De’Voice dari ADTEC Batu Pahat di bahagian vokal.


Di pertandingan kali ini sekali lagi menyaksikan jalinan ukhwah diperluaskan lagi apabila wakil nasyid dari UiTM Negeri Sembilan berhasrat untuk berdiskusi dengan Nasyid UTHM (Nuriman dan R-if) berkenaan persembahan dan pengalaman bernasyid memandangkan mereka baru pertama kali menyertai pertandingan nasyid di peringkat IPT. Begitu juga dengan kehadiran wakil nasyid dari UTM Skudai (Irfan) bertemu dengan kumpulan Nuriman.


Jelaslah Nasyid UTHM bukan lagi seperti dulu yang dahulunya pernah dijemput oleh MMU dan UniMap bagi menyertai pertandingan nasyid yang tidak lagi dijemput untuk ke sana, kini kembali mendapat tawaran pertandingan yang bermula di UTM Skudai, UiTM Segamat dan pernah diberi penghargaan bagi mengadakan persembahan di majlis-majlis rasmi seperti ‘Back to Home’ Alumni UTHM, Malam Liqa’ Aidilfitri Kelab Iqra’, persembahan di Kolej Kediaman, persembahan ihya’ ramadhan dan lain-lain persembahan dengan hanya satu harapan iaitu ‘Mencari Kasih Ilahi dengan mengeratkan Ikatan Persaudaraan Islam’. Iltizam dalam perjuangan dakwah melalui arena nasyid.


p/s: pertandingan nasyid MAKUM kembali lagi. Dari informasi tidak rasmi, pertandingan ini mungkin berlangsung di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) dengan bertemakan ‘Kesyumulan Islam Nadi Kegemilangan Ummah’. ~(^0^)/ Hoeeoo..


0 comments:

Post a Comment