Petang khamis. ketika asyik mengemas meja, telefon bibit berbunyi. Tertera nama ‘En Baithan’ di skrin telefon bimbit. Panggilan itu meminta untuk aku menjejakkan kaki ke PKSK keesokkan hari. Iaitu hari jumaat. Dengan bertemankan rakan sebilik, Asraf Rahim, kami menuju ke destinasi. Pusat Ko-kurikulum, Sukan dan Kesenian (PKSK). Bertemu dengan En Baithan yang merupakan staf 'Artis Kebudayaan Muzik' di situ. Salam dihulur, lantas sekeping surat bertukar tangan.
Aku meneliti surat tersebut. Kiriman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat. Tertera dengan tulisan ‘bold’ pada bahagian atas surat tersebut, Festival Nasyid Zon Selatan kali Kedua. Hatiku melonjak gembira, namun tarikhnya tidak begitu sesuai denganku. 18 Mei hingga 20 Mei 2009. Waktu itu aku telah berada di kampung halaman untuk menjalani Latihan Industri yang bermula pada 11 Mei 09. Tengoklah nanti macammana. Biarkan...
Terma dan syarat diperhatikan. Bertemakan ‘Kembara Kasih Ilahi’ dan lagu boleh diambil dari lagu yang telah dirakamkan oleh artis ataupun lagu ciptaan sendiri. Tidak dibenarkan untuk mengubah lirik asal jika mengambil lagu asal. Lagu itu juga mestilah tidak mempunyai suara latar ataupun ‘backup voice’. Biarpun tidak dapat bersama-sama untuk pertandingan kali ini, namun aku diberi kepercayaan untuk cuba mencipta sebuah lagu baru bagi kumpulan Nasyid Nuriman UTHM. Akan ku fikirkan....
Pertemuan pertama dilakukan dengan beberapa ahli Nasyid Nuriman bagi menentukan atau memilih ahli yang bakal mewakili UTHM dalam pertandingan itu nanti. Pertemuan seterusnya, barulah keputusan dibuat. Keputusan dipilih dengan memberi peluang kepada beberapa muka baru dan me’rehat’kan ahli-ahli lama. Festival Nasyid MAKUM ’09 di UTM Skudai tempoh hari telah diwakili oleh Awangku, Asraf, Zulhisham, Nurhisyam, Azrin Shah, Helme (^o^)/, Bazli, Khaidir dan Nassaruddin.
Kini, ditampilkan pula wajah-wajah baru seperti Irwan Nordin, Zulhilmi, Syahadan, Luqman, dan Mahyuddin dengan mengeluarkan individu seperti Helme (akulah nih! (^^,)v ), Khai, Awangku, Nassaruddin dan Zulhisham yang menjadikan ahli kali ini adalah seramai sembilan orang. manakala tiga individu lagi iaitu Fareed, Faridz dan Syazali turut dibawa ke sana untuk memberi pengalaman melihat sendiri suasana pertandingan Nasyid IPTA sebelum mereka diberi peluang untuk turut serta ke dalam Nuriman pada masa akan datang. Tujuan pertukaran ini adalah untuk memantapkan kembali vokal ‘basic’ yang ‘tenggelam’ pada waktu lalu.
Dengan harapan pada pertandingan kali ini boleh membawa 1001 erti dan pengalaman manis setelah pulang dari sana nanti. Kini, Nuriman Kembali.
0 comments:
Post a Comment