Pages

Subscribe:

Sunday, March 20, 2011

Sebelum Ia Pergi

Saat cinta dia pergi
Semua cinta turut pergi
Yang tinggal di sisi
Hanyalah cinta Ilahi
Sungguh setia menemani
Tika aku suka dan sepi

Kasih yang cuba ku beri
Tidak mampu dia hayati
Kerana cinta yang berdiri
Tidak seteguh ikrar di hati

Mungkin ini salah sendiri
Kerana kasih yang ku impi
Tidak seerti dengan realiti
Malah umpama picisan mimpi
Sungguh jauh menggunung tinggi
Tidak termampu untuk dijejaki

Aku perlu belajar lagi
Berdepan realiti jauhi fantasi
Menerima segala kurniaan Ilahi
Jua kekurangan tak pernah diimpi
Sebelum ia pergi kesekian kali
Dan pergi tanpa pernah aku miliki

~Helme Zulkipli~
Sabtu; 7:30pm
19 Mac 2011
~Senja Yang Suram~

0 comments:

Post a Comment