Pages

Subscribe:

Saturday, June 20, 2009

Ukhwah Eksklusif


Salam Revolusi buat semua sahabat. Salam Evolusi juga buat semua pengunjung. Maafkan diri kerana kesibukan yang meragut kelapangan yang ada ketika di alam prakikal ini. Kali ini inginku bicarakan satu lagi berkenaan UKHWAH yang sering diperkatakan di kalangan ahli gerakan. Bina UKHWAH atas dasar AKIDAH. Suatu keindahan yang dikurniakan Allah untuk dikecapi bersama. Apa yang menyedihkan, UKHWAH atas dasar AKIDAH yang dibentuk untuk melebarkan DAKWAH yang acapkali terselit segala MASALAH ekoran kekurangan TARBIYYAH tak mampu melunaskan sifat ASSOBIYYAH di dalam gerakan JEMAAH. Taksub dengan ahli gerakan sendiri telah menyebabkan tafsiran UKHWAH ini tidak pernah mencapai objektifnya. Mengapa? Kerana sifat Etilisme atau ’Exclusiveness’ yang wujud dalam gaya pemikiran ahli gerakan menyebabkan DAKWAH gagal terlaksana.

Sebelum berbicara lebih panjang, eloklah jika kita mengetahui apa itu etilisme atau exclusiveness. etilisme atau exclusiveness adalah suatu fenomena yang mengangkat keistimewaan gerakan sendiri dengan memandang rendah terhadap orang lain. Dalam melayari bicara atau tinta dari para blogger, tertarik dengan huraian yang diberikan blogger tersebut mengenai Etilisme dalam entrinya yang bertajuk ’Virus Ukhwah’.

Apa katanya? ”Virus ini merebak berpunca dari sikap ukhwah berpaksikan taksub kumpulan bukan di atas indicator iman. Ukhwah hanya berlegar dalam skop kumpulan itu sahaja dengan menafikan saudara seIslam yang lain. Maka berlakunya satu fenomena kemesraan yang terhad kepada sesama ahli kumpulan sahaja. Mereka mesra sesama mereka tetapi tidak dengan orang yang berada di luar lingkungan kumpulan mereka. Orang lain akan hanya dapat menikmati kemesraan itu jika ia diterima sebagai ahli kumpulan tersebut. Tiada kemesraan di antara insiders dengan outsiders.”. Inilah yang dikatakan sebagai assobiyah.

Sikap inilah yang pernah dikatakan oleh sahabatku iaitu berkenaan ’Ukhwah Sdn Bhd’ di dalam gerakan jemaah atau budaya dakwah yang hanya berlaku di kalangan ahli sahaja serta memandang rendah atau menghina individu yang bukan dari ahli gerakannya. Hanya bibir menyatakan dakwah perlu pada umum dengan menganjurkan program berbentuk kerohanian sedangkan tiada langsung individu yang bukannya dari ahli gerakan sebagai Ahli Jawatankuasa Program. Apabila dicadangkan untuk dimasukkan mereka ini sebagai AJK Program, lantas idea ini ditolak kerana tidak mahu pemikiran jumud bukan ahli merebak di dalam program yang bakal dilakukan. Bukankah menerima idea hanya dari ahli gerakan sahaja itu lebih bersifat jumud? Sedangkan kita tidak pernah menyesuaikan diri dengan keadaan dan memahami kehendak sekeliling. Lalu UKHWAH dan DAKWAH disangka telah tercapai sedang ianya hanya tercapai di kalangan ahli sahaja. Bagaimana dengan orang yang bukan ahli? Atau boleh disebut sebagai outsiders? Apa gunanya dakwah hanya berlegar-legar di sekitar ahli yang telah ditarbiyyah? Inilah yang dikatakan ’Virus Ukhwah’. Ukhwah yang terlalu Eksklusif. Melaksanakan program bersifat PS2 iaitu Program Syok Sendiri.

Sikap ahli gerakan yang memiliki keegoan dan merasa diri cukup hebat menyebabkan pergerakkan dakwah semakin dijauhi masyarakat sekeliling. Janganlah membiarkan agama Islam difitnah atau dikatakan sebagai anti perpaduan dan kedamaian. Seorang muk’allaf pernah ditanya mengapa dia memeluk Islam. Beliau menjawab ”Aku masuk Islam kerana agama Islam, bukan melihat tingkahlaku orang Islam. Aku tidak akan masuk Islam jika aku melihat umat Islam. Jauh berbeza dari landasan agama Islam sebenar”. Fenomena Islamfobia kadang-kadang lahir dari sikap umat Islam sendiri, berpunca dari sikap. Cuba kita selidik kenapa orang bukan Islam begitu fobia dengan orang Islam?

Saya petik kata-kata terakhir dari penulis blog tersebut iaitu ”renung-renungkanlah”.

2 comments:

Shazwani Mazuki said...

Salam..perkara ini saya akui berlaku dalam lingkungan orang-orang yang saya kenali..
saya pnah mengutarakn psoalan ni pd sorg ustaz wktu di UTHM dlu..
dan,ustaz ni sndri ckp y adlh slh golongan ni bbuat demikian..
ikatan silaturrahim kne dijaga,klu org lain sndri terasa tdk senang @ terasa ht dgn ape y dilakukn,pasti ade smthg y x kne..
wallahualam.

Helme Zulkipli said...

yup! betul betul betul..

kemesraan adalah milik semua, jika kita disenangi semua, ia adalah jalan mudah untuk kita menyampaikan sesuatu perkara yang berbentuk ilmiah kepada mereka.

ada yang berfikiran 'aku berjiwa islamic, aku bimbang orang lain x suka dengan cara aku'. perkara pertama yang boleh kita katakan dengan kenyataan ini adalah 'belum cuba belum tahu'.

cuba dulu menghampiri orang lain, baru kita tahu samada ia susah atau mudah. kadangkala kita mentafsir sesuatu perkara hanya dari jarak jauh.

wassalam...

Post a Comment